WhatsApp Us Now 0136843692

News

Home / News
3 Tips Yang Perlu Anda Tahu Jika Mahu

3 Tips Yang Perlu Anda Tahu Jika Mahu

3 TIPS YANG PERLU ANDA TAHU JIKA MAHU MEMULAKAN PERNIAGAAN DARI RUMAH
==================================

1. Perniagaan yang anda minat

Untuk berjaya dalam perniagaan, walaupun menjana pendapatan sampingan, anda perlu menjual sesuatu yang anda minat. Sesuatu yang anda yakin dan percaya. Mungkin anda pernah menggunakan produk tersebut dan mendapati ianya berkesan.

Apabila anda minat, yakin dan percaya dengan sesuatu perniagaan itu, ia akan memudahkan motivasi anda untuk all out dan yakinkan orang lain pula untuk beli dari anda. Bagi saya, ini adalah sangat penting!

2. Sesuatu yang mudah untuk diuruskan dari rumah

Covid-19 dan PKP telah mengajar kita untuk bekerja dari rumah. Alhamdulillah, saya sendiri telah berniaga dari rumah sejak 20 tahun yang lalu. Antara ciri-ciri perniagaan yang saya akan pilih adalah produk yang tidak terlalu banyak stok, dan kecil untuk mudah peyimpanan dan ringan untuk penghantaran.

Niat kita adalah untuk berniaga dari rumah. Permudahkan urusan dengan produk jualan yang kecil dan ringan. Ini juga akan permudahkan proses penghantaran oleh kerana kini banyak perkhidmatan penghantaran menggunakan motor sahaja seperti Mr Speedy dan LalaMove.

3. Sesuatu yang jangka masa panjang

Sememangnya produk seperti topeng, hand-sanitizer, glove mempunyai permintaan yang tinggi ketika ini. Tak lupa pesaingan yang tinggi juga. Tetapi, dalam perniagaan, kita perlu fikir jangka masa yang panjang. Bukan sahaja perniagaan beberapa bulan ini ini, tetapi perniagaan untuk jangka masa panjang. Sebagai seorang usahawan kita perlu melihat keuntungan short-term dan juga long-term.

Fikirkan produk yang bukan sahaja "trend" tetapi dapat menjana pendapatan untuk jangka masa panjang. Contoh, seperti produk kesihatan, di mana permintaannya kini adalah sangat tinggi oleh kerana kesedaran kesihatan dan meningkatkan imun diri ketika Covid-19, tetapi ia juga mempunyai permintaan bulan-bulan dan tahun-tahun yang akan datang!

Info: Irfan Khairi (through email)

#tipsbisnes
#workathomemom
#stayathome
#wahm


Contact Us Now